6 PERKARA UNTUK MENJAGA WARANTI KERETA ANDA


6 Perkara Penting Untuk Menjaga Warranty Kenderaan Anda

Setiap kenderaan mempunyai warranty dari syarikat pengeluar kenderaan. Justeru itu, perlulah kita menjaga warranty tersebut supaya urusan claim akan berjalan dengan lancar. Kos penukaran barangan berkemungkinan mahal dan jika warranty telah void, maka perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk repair kenderaan tersebut.


Berikut adalah 6 Perkara penting yang perlu diambil kira oleh setiap pengguna kenderaan:

Perkara yang pertama dan yang paling utama adalah untuk service sebelum tarikh atau KM yang ditetapkan. Sesetengah pengeluar kenderaan menetapkan syarat yang sangat ketat (tidak boleh lebih dari 100KM dari KM yang ditetapkan).

Jika tarikh servis sampai dahulu, maka perlulah servis kenderaan anda walaupun di Odometer masih menunjukkan belum untuk di servis. Ini juga punca salah satu ramai yang void warranty secara automatik.

Perkara kedua adalah jangan mengubah suai wiring kenderaan anda. Sesetengah pengeluar kereta tidak membenarkan pemotongan wayar yang original. Jika ingin ubah suai, pastikan ianya plug and play.
Image result for contoh warenti card
Perkara ketiga adalah service kenderaan anda di authorized service center sahaja. Sila rujuk di buku Manual atau contact customer service untuk maklumat Authorized SC anda.
Jika anda service di luar service center, data anda tidak akan ada di dalam system SC dan ini akan menyebabkan kenderaan anda void.

Perkara yang keempat jangan mengubah suai engine atau penambahan performance parts di ruangan engine kenderaan anda. Ini sudah semestinya akan memudahkan pihak pengeluar kenderaan untuk menidakkan warranty anda.

Perkara yang kelima adalah Simpan semua resit anda. Nampak remeh tetapi inilah hakikat. Pihak pengeluar akan cuba untuk mencari silap anda. So simpan OK.

Perkara keenam adalah pengubahsuaian RIM dan suspensions. Ada yang mengatakan ianya akan void warranty dan ada yang mengatakan tidak. Kebanyakkan pengeluar kenderaan memang melarang penukaran rim dan suspension.


Comments