Apa beza antara Local Manufacturer Warranty dengan Seller
Warranty ?
Dalam kes tertentu, kita tahu sesuatu produk tersebut ada
warranty daripada mulut peniaga itu sendiri. Warranty seperti ini kita namakan
sebagai seller warranty.
Pada satu hari, saya tertarik untuk dapatkan maklumat yang
lebih lanjut tentang handphone Asus Zenfone C.
Macam-macam juga soalan yang saya tanya kat penjual tu.
Walaupun sebenarnya saya pun bukannya faham sangat pasal spesifikasi handphone.
Pada saya, asalkan kamera lawa, boleh rakam video, memory
besar, bila browse internet tak ada sekat-sekat, itu dah cukup baik.
Lagipun, smartphone macam ni saya cuma akan guna untuk
whatsapp, dan mungkin untuk tangkap gambar sikit-sikit.
Soalan terakhir yang saya tanya kat penjual tu ialah,
“Waranti dia macam mana? Waranti dari Asus ke waranti
kedai?”
Jawab dia, “Ini waranti kedai.”
Jadi, kalau waranti kedai, maknanya ini adalah seller
waranti. Sampai sini anda dah faham ke belum
“Kenapa anda perlu faham apa beza antara Manufacturer
Warranty dengan Seller Warranty?”
Pertama sekali, saya tak nak anda rasa seolah-olah DITIPU
oleh peniaga atau penjual. Lebih-lebih lagi untuk individu yang pantang nampak
harga MURAH, terus dia menggelupur nak buat pembelian. Sabar dulu, sebenarnya
ada sebab kenapa harga boleh jadi sangat murah.
Saya nak cerita tentang “Local Manufacturer Warranty”
terlebih dahulu. Jadi sila tumpukan perhatian pada screenshot dibawah.
asus_manufacturer_warranty-explain
Screenshot ini saya ambil dari laman web ini, asusofficial.sdn.bhd
Pada kotak berwarna merah yang saya tandakan dengan anak
panah berwarna biru, ia tertulis “1 Year Local Manufacturer Warranty” dan
“Genuine Product”. Maksudnya, produk ini adalah produk yang Original dan jika
terdapat sebarang masalah semasa penggunaan dalam masa setahun, anda boleh
kunjungi mana-mana Asus service center untuk dapatkan perkhidmatan baik pulih
secara PERCUMA ataupun tukar terus handphone yang baru.
Syaratnya ialah produk kena produk yang ASLI dan warranty
dikeluarkan sendiri oleh pihak pengeluar (manufacturer) iaitu dalam situasi ini
ialah Asus. Lazimnya, setiap pembelian akan didatangkan bersamanya waranti
daripada pengeluar selama setahun.
Bagaimana pula dengan seller warranty?
Biasanya penjual akan kata produk tu ialah AP set. Maksud AP
disini ialah produk tersebut memiliki Approval Permit untuk diimport dan dijual
di Malaysia namun ia tidak melalui pengedar yang dilantik oleh pengeluar produk
itu sendiri.
Untuk kes-kes seperti ini, jika handphone yang anda beli
mempunyai masalah tertentu, anda hanya boleh berurusan dengan kedai tempat anda
membeli handphone tersebut sahaja. Lazimnya tempoh waranti juga lebih pendek
berbanding jika anda beli set yang original.
AP set bukanlah bermaksud ianya tidak original. Penjual
mengimport telefon-telefon tersebut terus dari kilang di luar negara. Cuma
dalam proses tersebut, mungkin terdapat beberapa komponen dalam telefon
tersebut yang ditukar kepada komponen yang dikeluarkan oleh syarikat pihak
ketiga bagi menjimatkan kos.
Sebagai contoh, motherboard dan perisian masih lagi guna
yang ORI tetapi button dan casing tidak ori. Ini contoh sahaja.
Satu perbezaan yang ketara antara manufacturer warranty dan
seller warranty ialah dari segi tempoh perlindungan dan juga harga jualan
sesuatu produk.
Jika anda memilih untuk beli produk yang bukan original,
sebaik-baiknya anda beli dengan penjual yang dekat dengan lokasi anda. Contoh
kalau anda tinggal di Kuala Lumpur, janganlah beli barang yang AP set dekat
Kedah pulak. Nanti kalau phone tersebut problem, anda perlu ke kedai tersebut.
Kos untuk ke Kedah mungkin lagi mahal daripada kos baik pulih phone yang rosak
tu nanti.
Manipulasi dalam sistem pemberian warranty
Benda ni biasa sangat terjadi dalam jual beli secara online.
Penjual sesuka hati mendakwa yang produk jualannya Original, tetapi sebenarnya
produk tersebut AP Set, ataupun underwater set, refurbish ataupun recondition.
Jadi kat sini, sebagai pembeli, kita juga perlu ada serba
sedikit pengetahuan tentang produk dan perlindungan yang sepatutnya kita
perolehi. Jangan sampai tertipu dengan helah peniaga yang tak jujur.
Macam kalau nak beli gadget secara online, cari yang boleh
COD. Sebabnya kita boleh sahkan status original sebelum buat sebarang
pembayaran. Itu lebih selamat, dan kalau peniaga tak tawarkan kaedah COD pun
tak ada masalah. Cari sahaja penjual lain yang tawarkan opsyen tersebut.
Kesimpulannya, jika anda ada duit lebih, ada baiknya anda
cari yang original set. Namun, kalau tak cukup bajet, bolehlah dapatkan yang AP
set, namun anda perlu tahu apa risikonya. Buatlah keputusan untuk membeli
dengan bijak dan jangan terlalu ikut perasaan .
Comments
Post a Comment