PERBEZAAN ANTARA WARANTI DAN GUARANTI


PERBEZAAN ANTARA WARANTI DAN GUARANTI

Selalunya bila beli sesuatu produk, orang kata jaminan guarantee lebih baik daripada warranty. Beli produk apa-apa pun dalam dunia komersial, mesti ada perkataan-perkataan ini. Tapi masih ramai yang keliru dengan fakta sebenarnya.

Warranty / Waranti
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan warranty diterjemah sebagai waranti yang membawa makna jaminan secara bertulis yang diberikan oleh syarikat kepada pembeli untuk membaiki atau menukarkan sesuatu barang yang dibeli jika barang itu rosak atau tidak berfungsi dalam tempoh masa tertentu.
Dalam erti kata lain, waranti ini merupakan gerenti yang formal. Selalunya anda perlu mengisi kad atau borang waranti yang telah dicop oleh pengedar.
Contoh mudah: anda membeli barang elektronik dengan 3 tahun waranti. Ini bermakna syarikat pengeluar akan membaiki, menggantikan atau memulangkan wang anda sekiranya barang elektronik tersebut rosak atau tidak berfungsi sepanjang tempoh tiga tahun. 
 Jika anda selalu bertukar-tukar telefon bimbit, anda mesti selalu dengar terma "Seller Warranty" dengan "Manufacturer Warranty". Yang ini hanyalah beza sama ada produk itu original atau tidak.
Waranti kedai bermakna anda hanya boleh menghantar telefon ke kedai itu sahaja sekiranya telefon didapati rosak. Ada kebarangkalian telefon anda ini merupakan produk AP ataupun refurbished. Manakala waranti pengilang pula bermakna produk itu adalah produk asli daripada pengeluar dan boleh dihantar ke mana-mana pusat servis jenama berkenaan selagi masih dalam tempoh waranti.
Guarantee / Gerenti
Perkataan guarantee pula diterjemah sebagai gerenti yang bermakna kepastian atau jaminan.
Gerenti juga merupakan janji pengeluar berkenaan kualiti sesuatu produk, cuma ia melibatkan terma yang lebih menyeluruh dan lebih bermakna di mata pengguna. Walaupun gerenti juga boleh dimasukkan ke dalam sesebuah kontrak waranti, namun ia tidaklah diperincikan dengan lebih jelas seperti waranti.
Gerenti sering digunakan sebagai persetujuan bahawa sesuatu produk itu berkesan atau boleh digunakan dengan baik dan menjadi jaminan bahawa ia tahan.
RAJAH 1: Perbezaan antara waranti dan guaranti
Sumber: http://www.iluminasi.com
Waranti vs Gerenti

Dari sudut undang-undang, tak banyak perbezaan ketara pun antara waranti dan gerenti. Tapi masih terdapat beberapa perbezaan yang anda perlu ambil tahu:
#1 Tanggapan umum
Walaupun ini bukanlah point yang teknikal, namun ini merupakan perkara paling penting. Ramai orang mengaitkan terma guarantee dengan pengembalian wang ataupun penggantian produk dan waranti pula lebih kepada kerja membaiki dan penyelenggaraan produk itu.
Katakanlah anda membeli sebuah televisyen dengan gerenti 1 tahun, ini bermakna pihak syarikat akan menggantikan atau mengembalikan wang anda dalam amaun penuh sekiranya TV tersebut menjadi tidak berfungsi dalam tempoh setahun.
Sekiranya TV itu datang dengan waranti 1 tahun pula, kalau berlaku kerosakan pada TV dalam tempoh setahun, pihak syarikat akan membuat kerja-kerja baik pulih TV anda itu. Sekiranya tidak boleh dibaiki, barulah mereka akan cuba menggantikan dengan TV yang baru.
#2 Tempoh masa
Kontrak waranti kebiasaannya mempunyai tempoh yang jelas bagi sesuatu produk. Ada yang mempunyai waranti beberapa minggu sahaja sehinggalah ke belasan tahun lamanya.
Rajah 2: Contoh waranti 
Sumber: http://www.imuniasi.com


Gerenti pula tidak mempunyai tempoh masa sah yang jelas kecuali kes-kes terpencil seperti "jaminan wang dikembalikan dalam tempoh 30 hari." Gerenti secara umumnya digunakan untuk meningkatkan kredibiliti produk dan kepercayaan pengguna. Sebab itulah banyak syarikat yang menggunakan frasa "Lifetime guarantee" semasa mempromosikan produk mereka. Walaupun pada hakikatnya mereka menawarkan tempoh waranti 10 tahun dengan subskrip "tertakluk kepada terma dan syarat."
 Jika anda membaca terma dan syaratnya dengan teliti, anda akan mendapati yang ini hanyalah waranti yang dipanggil 'gerenti seumur hidup'. 
#3 Dari sudut kewangan
Waranti yang diberikan bagi tempoh tertentu kebiasaannya percuma apabila anda pertama kali membeli produk. Namun, adakalanya waranti dikenakan bayaran seperti bayaran polisi insuran. Anda juga ada pilihan untuk memanjangkan tempoh waranti dengan membuat sedikit bayaran tambahan. 
Gerenti pula tidak memerlukan sebarang bayaran dan sentiasa percuma.
#4 Dari sudut undang-udang
Secara umumnya, gerenti merupakan kontrak tanpa bayaran tambahan. Waranti pula merupakan suatu instrumen yang sah dari segi undang-undang dan boleh digunakan sebagai dokumen untuk mengeluarkan saman kepada pengilang/penjual sekiranya perkhidmatan yang ditawarkan tidak dibuat dengan sewajarnya.
 Itulah serba sedikit perbezaan waranti dan gerenti yang anda perlu tahu sebagai pengguna. Apa-apapun, sebelum membeli sesuatu produk, bacalah dulu segala terma dan syaratnya. Jika tidak faham ayat-ayat level tinggi yang digunakan, tanya kepada penjual dan dapatkan segala maklumat dengan jelas.
Ketahui hak anda dan jadilah pengguna yang lebih bijak. 
 APA ITU SHOPEE GUARANTEE ?                                                                                                                            


Jaminan Shopee terpakai kepada semua produk di Shopee,

dan ia melindungi pembeli dengan hanya melepaskan pembayaran kepada

 penjual setelah klik Pembeli pada Pesanan yang Diterima, atau sekali tempoh

 Penjamin Penjual berakhir.

Sebaik sahaja pembeli menerima pesanan itu, pembayaran akan dikeluarkan

kepada Wallet Pembeli Penjual, dan akan dikeluarkan melalui pengeluaran

automatik dan juga manual.

Untuk maklumat lanjut mengenai tempoh Penjual Pembeli,


 INTERNET FIBER BROADBAND REGISTER FOR FREE

Jaminan Shopee melindungi pengguna dengan melepaskan pembayaran kepada penjual
selepas pembeli mengesahkan bahawa mereka telah menerima pesanan tersebut. Setelah
pembeli menerima pesanan itu, pembayaran akan dikeluarkan kepada penjual.

Tempoh penjual menjual terdiri daripada Hari ke Kapal dan Anggaran Masa Penghantaran
dan Masa Pengesahan Pembeli, bermula dari tarikh pengesahan pembayaran.

Sebagai contoh:

Perintah telah dibayar pada 1 Januari
Hari ke Kapal = 2 Hari
Anggaran Masa Penghantaran = 4 Hari
Masa Pengesahan Pembeli = 3 Hari
Tempoh Penjual Penjual: 2 (Hari ke Kapal) + 4 (Anggaran Masa Penghantaran) + 3 (Masa
Pengesahan Pembeli) = 9 hari
Pembeli boleh mengharapkan menerima pesanan dalam tempoh 9 hari selepas
pembayaran telah disahkan.instrumen yang sah dari sudut undang-undang dan boleh digunakan sebagai dokumen untuk mengeluarkan saman kepada pengilang/penjual sekiranya perkhidmatan yang ditawarkan tidak dibuat dengan sewajarnya.

Kesimpulannya, sebagai pengguna, sebelum membeli sesuatu produk, bacalah dahulu segala terma dan syaratnya. Jika tidak faham ayat-ayat legal yang digunakan, bertanyalah kepada penjual dan dapatkan maklumat dengan jelas.





Comments