Anda telah memilih tempoh
Kontrak yang anda perlukan untuk produk yang dibeli oleh anda
("Produk") seperti di dalam resit/inbois jualan yang berkenaan dan
bersetuju diikat oleh terma-terma dan syarat-syarat yang menguasai Kontrak
seperti yang dinyatakan di sini.
Produk mestilah dibeli
baru dari COURTS (seperti yang ditakrifkan di bawah) dan jika tidak dibeli
serentak dengan Produk, Kontrak yang berkaitan dengan Produk mesti dibeli oleh
anda dalam 30 hari dari tarikh penghantaran serah Produk. Tempoh Kontrak adalah
di antara 2 hingga 5 tahun bermula dari tarikh pembelian atau tarikh penghantaran
serah Produk anda (yang mana lebih kemudian) dan akan tamat tempoh pada
ulangtahun yang berkenaan tempoh yang dipilih.
Kelayakan
Produk
Kontrak hanya melindungi
Produk yang:
- dibeli baru dari COURTS.
- dibuat untuk kegunaan di Malaysia.
- yang mempunyai, pada masa pembeliannya, waranti pengilang yang lengkap dan asal yang sah di Malaysia.
- dalam kes Produk pengguna seperti barangan elektrik dan peralatan-peralatan utama, ianya adalah atau telah dihadkan kepada penggunaan domestik dan peribadi. Peralatan pejabat seperti mesin-mesin faksimili, mesin-mesin salinan dan komputer-komputer juga dilindungi di bawah pengunaan di pejabat kecil/pejabat rumah sahaja.
- "kami," "kita", "kami punya" atau "COURTS" merujuk kepada COURTS (Malaysia) Sdn Bhd (154820-D);
- "anda" dan "anda punya" merujuk kepada Pelanggan atau Pembeli dan jika berkenaan, Pembeli Bersama Produk yang dilindungi oleh Kontrak.
- "Perlindungan" bermaksud perlindungan terhadap defek mekanikal dan elektrikal dalam Produk termasuk jika berkenaan, Bateri Boleh Dicas Semula yang dilampirkan dengan Produk tersebut dan dengan manfaat tambahan seperti Perlindungan Antarabangsa (ditakrifkan di bawah), Kerosakan Tidak Sengaja (ditakrifkan di bawah), Perlindungan Lonjakan Kuasa (ditakrifkan di bawah) dan Perlindungan Kerosakan Makanan (ditakrifkan di bawah).
(i) Defek mekanikal atau elektrik Produk yang disebabkan oleh kerosakan ridak sengaja disebabkan impak fizikal (seperti skrin retak) dan tempahan cecair (dirujuk secara kolektif sebagai "Kerosakan Tidak Sengaja"); dan
(ii) Defek mekanikal atau elektrik Produk yang disebabkan oleh lonjakan kuasa ("Perlindungan Lonjakan Kuasa").
Untuk kerosakan sedemikian, AIG boleh bergabung dengan mana-mana syarikat insurans yang lain dalam membaiki, mengembalikan semula atau menggantikan Produk yang rosak jika Produk diinsuranskan di tempat lain. Dalam kes di mana Produk diganti dengan yang lain yang sama jenis, kualiti dan spesifikasinya, gantiannya mungkin model yang berbeza; diperbuat oleh pengilang yang lain; tidak termasuk ciri-ciri dan fungsi yang sama seperti Produk yang dilindungi di bawah Kontrak. Anda hanya berhak membuat tuntutan sekali sahaja dari AIG untuk perkhidmatan pembaikan di bawah Kerosakan Tidak Sengaja dan Perlindungan Lonjakan Kuasa masing-masing. Kerosakan Tidak Sengaja tidak meliputi kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian, peninggalan atau keingkaran. Kerosakan Tidak Sengaja dan Perlindungan Lonjakan Kuasa berkuatkuasa dari tarikh pembelian atau tarikh penghantaran serah (yang mana lebih kemudian) sehingga yang mana lebih awal antara (i) tuntutan sekali tersebut, atau (ii) tamat tempoh 2 tahun dari tarikh pembelian atau tarikh penghantaran serah tersebut, sepertimana yang terpakai. Tuntutan yang berkenaan dengan Kerosakan Tidak Sengaja dan Perlindungan Lonjakan Kuasa mesti dibuat secara bertulis dan diserahkan kepada kami dalam 7 hari bekerja dari kejadiannya.
- kerosakan yang tidak berlaku dalam tempoh insurans;
- kerosakan yang disebabkan oleh tindakan anda yang menyalahi undang-undang;
- kerosakan yang sengaja disebabkan oleh anda;
- kerosakan yang disebabkan oleh perang (sama ada perang telah diisytiharkan ataupun tidak), kekecohan awam, pemberontakan, pemerintahan tentera, rusuhan atau tindakan mana-mana pihak berkuasa yang diwujudkan di sisi undang-undang;
- kerosakan yang disebabkan perintah mana-mana kerajaan, pihak berkuasa awam atau pegawai kastam;
- tindakan yang menyalahi larangan kerajaan atau peraturan atau undang-undang;
- pencerobohan, tindakan musuh asing, permusuhan (sama ada perang telah diisytiharkan ataupun tidak), perang saudara, dahagi, revolusi, pemberontakan, atau kuasa tentera atau rampasan kuasa;
- tindakan keganasan.
- Produk-produk yang masih dilindungi dibawah waranti asal bertulis pengilang, waranti pembaiki, atau sebarang waranti lain yang masih berkuat kuasa.
- Masalah atau defek yang tidak dilindungi di bawah waranti utama bertulis pengilang asal.
- Sebarang defek yang menjadi subjek penarikan balik oleh pengilang.
- Kegagalan anda untuk mematuhi pengesyoran pengilang kepada anda mengenai penyelenggaran rutin, pemeriksaan, pembersihan, pelinciran, pelarasan atau penjajaran luarannya atau apa-apa arahan lain.
- Bahan-bahan yang tidak beroperasi atau kosmetik, cat, warna, atau siapan akhir Produk; aksesori yang digunakan di dalam atau bersama Produk; kabel, tali, kartrij dan jarum, pita dan perisian (termasuk perisian yang diberikan dengan komputer peribadi), opsyen tambahan yang dimasukkan ke dalam suatu Produk di mana opsyen tersebut tidak perlu untuk fungsi asas Produk.
- Pengubahsuaian tanpa kebenaran yang dibuat ke atas Produk dan/atau masalah/defek yang timbul akibat pengubahsuaian tanpa kebenaran tersebut, nombor siri yang diubah; kegagalan untuk mematuhi arahan pengilang mengenai pemasangan, operasi atau penyelenggaraan; pembaikan yang dilakukan oleh pembaiki yang tidak diberi kuasa; sebarang bahan yang tidak menjejaskan fungsi Produk; imej terbakar.
- Perisian (termasuk sistem operasi dan sebarang data yang disimpan), defek akibat langsung daripada pemasangan dan atau pengeluaran perisian, virus komputer, pencegahan virus, dan persisian lain.
- Pembaikan ke atas perkakasan yang telah ditambahkan selepas pembelian asal Produk.
- Bahan-bahan pengguna yang diguna-habis seperti tali pembersih mesin hampagas, toner, katrij pencetak atau dakwat, mentol, cakera padat, pita digital, dsb.
- Bateri, dalam atau di luar Produk yang bukan peralatan pengilang asal ("OEM") tidak kira sama ada bateri tersebut boleh dicas semula ataupun tidak.
- Kerosakan luaran seperti pendawaian, sambungan elektrik atau sistem paip air, paip, rangkaian, pemasangan, penyusunan semula isyarat penerimaan (isyarat lemah), dan sebarang kerugian berbangkit yang lain.
- Pembaikan yang perlu akibat kerosakan fizikal yang sengaja atau kerosakan akibat penenggelaman air.
- Kegagalan yang disebabkan oleh penukar voltan, gangguan atau lonjakan bekalan kuasa (kecuali di mana ianya dilindungi di bawah Perlindungan Lonjakan Kuasa), voltan atau arus yang tidak mencukupi atau tidak betul.
- Kos diagnosis di mana tiada defek didapati atau dicatatkan.
- Caj perkhidmatan di-tapak.
- Caj dan kerosakan penghantaran, caj perkhidmatan ekspres, kerosakan semasa pengangkutan, peralihan, pemasangan atau pemasangan semula Produk kecuali di mana ianya dinyatakan secara nyata dalam Kontrak, produk pinjaman semasa proses pembaikan.
- Kegunaan komersil (pelbagai pengguna dalam satu organisasi), sewaan umum, kegunaan untuk keuntungan atau kegunaan komunal dalam perumahan pelbagai keluarga.
- Sebarang kerosakan atau kehilangan kepada Produk akibat dari kebakaran atau banjir, walau bagaimana pun terjadi.
- Sebarang kerosakan atau kehilangan kepada Produk akibat dari bencana alam (termasuk tetapi tidak terhad kepada gempa bumi), perang, pencerobohan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seakan perang, perang saudara, kekecohan awam.
- Sebarang liabiliti yang timbul dari waranti tersirat kebolehdagangan, waranti tersirat kebolehgunaan, dan liabiliti ketat.
- Sebarang kerosakan atau kehilangan kepada Produk akibat kecuaian apa jenis pun.
- Sebarang kerosakan atau kehilangan yang disebabkan oleh kemalangan, keabaian, haiwan dan serangga dan/atau serangan organik (dari sumber dalaman atau luaran), penyalahgunaan, salah-guna, rompakan, kecurian, pasir, kerosakan air, kakisan, kebocoran bateri, bencana alam, kegunaan komersial (kecuali produk pejabat seperti mesin faksimili, mesin salinan, pengimbas, pencetak dan komputer).
- Masalah penerimaan dan penghantaran akibat sebab-sebab luaran.
- Sebarang kegagalan, tidak boleh fungsi, defek, tidak boleh operasi, kerosakan, gangguan, atau pemberhentian produk atau sebarang produk, fungsi atau apa-apa fungsi yang berkaitan, secara langsung atau tidak langsung dengan reka bentuk, perancangan atau kejuruteraan yang tidak serasi dengan, peninggalan atau kekurangan berkenaan dengan peristiwa tahun 2000.
- Penggunaan perkhidmatan dalam apa-apa perdagangan haram atau pengangkutan atau dalam melakukan feloni.
- Sebarang liabiliti yang timbul dari Produk atau kegunaannya.
- Sebarang tindakan fraud, atau tindakan lain yang tidak jujur atau jenayah.
- pada tamat tempoh Kontrak;
- jika Produk diserahkan kepada COURTS; atau
- notis bertulis anda kepada kami yang memaklumkan kami mengenai pembatalan Kontrak bersama dengan penyerahan balik kepada kami resit/inbois jualan asal dalam 30 hari dari tarikh pembelian Kontrak.
Penyerahankan Kontrak
Definisi:
Di dalam Kontrak ini,
perkataan-perkataan berikut mempunyai maksud berikut:
Perlindungan:
Produk - Perlindungan
perkhidmatan pembaikan adalah untuk defek mekanikal dan elektrikal dalam Produk
yang dibeli oleh anda di bawah Kontrak ini. Jika ianya terlalu mahal atau kami
tidak boleh membaiki Produk anda, kami mempunyai pilihan untuk menggantikan
Produk anda dengan yang lain yang sama jenis, kualiti dan spesifikasinya kurang
peruntukan untuk kemerosotan dan susut nilai disebabkan nilai pasaran dalam
budi bicara kami. Disebabkan kemajuan teknologi, gantian produk mungkin
mempunyai nilai runcit yang lebih rendah berbanding Produk yang rosak.
Bahagian-bahagian gantian mungkin baru, bahagian-bahagian pengilang yang asli
atau bukan asli yang akan mengikut spesifikasi kilang dan yang akan ditentukan
dalam budi bicara kami. Sekiranya Produk itu digantikan, Produk gantian
tersebut akan terus dilindungi di bawah Kontrak ini atas terma-terma dan
syarat-syarat yang sama sehingga tarikh tamatnya Kontrak tersebut. Produk rosak
yang diganti menjadi harta COURTS.
Bateri Boleh Dicas Semula
- Perlindungan perkhidmatan pembaikan adalah untuk defek mekanikal dan
elektrikal dalam Bateri Boleh Dicas Semula yang dilampirkan dengan Produk yang
dibeli oleh anda di bawah Kontrak ini. Jika ianya terlalu mahal atau kami tidak
boleh membaiki Bateri Boleh Dicas Semula, kami akan menggantikan (sekali
sahaja) bateri asal yang dilampirkan dengan Produk yang dibeli oleh anda jika
Bateri Boleh Dicas Semula tidak boleh dicas dalam apa keadaan pun. Perlindungan
perkhidmatan pembaikan ini adalah untuk 1 tahun dari tarikh pembelian atau
tarikh penghantaran serah Produk anda (yang mana lebih kemudian).
Perlindungan perkhidmatan
pembaikan ini untuk Bateri Boleh Dicas Semula yang dilampirkan dengan Produk
hanya terpakai untuk pembaikan dan penggantian di Malaysia.
Manfaat Tambahan – Di
bawah polisi insurans utama yang dikeluarkan oleh AIG Malaysia Insurance Berhad
("AIG"), yang COURTS telah mengambil untuk manfaat pelanggannya yang
telah membeli suatu Produk di bawah Kontrak, anda berhak kepada yang berikut:-
Jika anda menetap di
Malaysia secara kekal, anda hanya berhak untuk sekali sahaja pembaikan atau
penggantian Produk tersebut di bawah Perlindungan Antarabangsa. Jika anda telah
berpindah ke satu destinasi di luar Malaysia atau tidak menetap di Malaysia
secara kekal, anda boleh di bawah Perlindungan Antarabangsa, membaiki Produk
sampai had harga belian yang dibayar untuk Produk ("Had") sehingga
Had dicapai atau Produk diganti, yang mana lebih awal.
Perlindungan Antarabangsa
adalah sah dari tarikh pembelian atau tarikh penghantaran serah (yang mana
lebih kemudian) sehingga yang mana lebih awal antara (i) Had telah dicapai,
(ii) Produk diganti, atau (iii) tamat tempoh Kontrak.
*Perlindungan Kerosakan
Makanan - Sekiranya bahan makanan rosak disebabkan oleh kerosakan peti sejuk
yang dilindungi di bawah Kontrak ini, anda akan dibayar balik untuk bahan
makanan rosak tersebut sehingga jumlah RM200 untuk setiap kejadian dengan
syarat bahawa kami telah dimaklumkan mengenai kerosakan bahan makanan tersebut
dalam 2 hari bekerja dari kejadian tersebut dan ianya telah ditentusahkan dan
diperiksa oleh pembaiki kami yang diberikuasa dan adalah didokumentasikan
dengan betul.
*Kerosakan Tidak Sengaja
& Perlindungan Lonjakan Kuasa – Perkhidmatan pembaikan ini adalah untuk:
Pengecualian
& Had Liabiliti:
Terma-terma dan
syarat-syarat polisi insurans utama adalah sebahagian penting Kontrak ini dan
anda dikehendaki mematuhinya untuk menikmati manfaat-manfaatnya. Butiran
terma-terma dan syarat-syarat tersebut sedia ada untuk kajian anda sebelum anda
membeli Kontrak ini dan sesalinan terma-terma dan syarat-syarat tersebut akan
dikemukakan kepada anda di atas permintaan anda. Polisi insurans utama tidak
meliputi tindakan, keadaan atau peristiwa yang berikut:
Liabiliti kami dan AIG
tidak akan dalam apa jua keadaan pun, meliputi sebarang kerugian atau
kecederaan kepada mana-mana orang atau kerosakan atau kerugian kepada harta
atau sebarang kerugian sampingan, kontingen, khas atau apa-apa kerugian
langsung atau tidak langsung dan gantirugi berbangkit termasuk tetapi tidak
terhad kepada kerugian yang disebabkan sebarang kelewatan dalam pembekalan
mana-mana perkhidmatan yang berkenaan dengan Kontrak ini dan/atau kehilangan
penggunaan semasa Produk berada di pusat pembaikan yang diberi kuasa dan/atau
semasa menunggu bahagian-bahagian gantiannya.
Kami dan penanggung
insurans kami, AIG tidak akan bertanggungjawab di bawah Kontrak ini jika anda
tidak menyerahkan Produk kepada pihak pembaikan yang diberi kuasa untuk dibaiki
sebelum (a) tamat tempoh Kontrak atau (b) jika laporan kerosakan telah
diserahkan sebelum tamat tempoh Kontrak, dalam 30 hari dari kerosakannya.
Dikecualikan
Dari Perlindungan:
Untuk
Perkhidmatan di Malaysia - Sila Hubungi Hotline Waranti Lanjutan Perlindungan
COURTS di 1800 18 1108
Apabila Produk mengalami
kegagalan yang disebabkan oleh defek elektrikal atau mekanikal, anda mesti
menghubungi Hotline Waranti Lanjutan Perlindungan COURTS di 1800 18 1108 untuk
melaporkan kegagalan tersebut semasa waktu bekerja. Wakil Perkhidmatan
Pelanggan kami sedia untuk membantu anda melalui proses perkhidmatan. Untuk
mempercepatkan perkhidmatan, sila pastikan bahawa anda mempunyai butir-butir
Kontrak dan ianya sedia ada sebelum menghubungi kami. Sekiranya kegagalan tidak
dilaporkan kepada kami sebelum pembaikan dijalankan, pembaikan tidak akan
diluluskan. Sekiranya waranti pengilang asal masih sah, anda dikehendaki
menggunakan waranti pengilang asal walau pun Kontrak sedang berkuat kuasa.
Kerja pembaikan hanya
boleh dijalankan oleh pembaiki yang dilantik oleh kami pada setiap kali
kejadiannya dan adalah tertakluk kepada kebenaran kami yang terlebih dahulu.
Semasa tempoh Kontrak, barang mudah alih mesti dibawa kepada pembaiki yang
dilantik oleh kami. Semua barang lain adalah tertakluk kepada perkhidmatan
pemanggilan-luar. Untuk semua pembaikan, resit/inbois jualan Kontrak untuk
Produk mesti dikemukakan.
Kontrak akan tamat jika
mana-mana yang berikut berlaku:-
COURTS merizabkan hak
untuk menamatkan Kontrak jika mana-mana bayaran ansuran di bawah Perjanjian
Jualan Kredit untuk Produk tidak dibayar untuk satu tempoh 3 bulan dan semua fi
yang dibayar kepada COURTS yang berkaitan dengan Kontrak ini tidak akan
dikembalikan dan akan dilucuthak secara mutlak.
Kontrak ini adalah
kontrak perkhidmatan untuk perkhidmatan pembaikan. Kontrak ini bukannya satu
polisi insurans atau jaminan yang diberi oleh COURTS berkenaan dengan sifat
bahan, mutu kerja atau prestasi Produk kecuali untuk Manfaat Tambahan di mana
polisi insurans utama telah dikeluarkan oleh AIG kepada COURTS untuk manfaat
pelanggannya yang telah membeli suatu Produk di bawah Kontrak.
Sekiranya anda menjual
atau memindahmilik Produk anda kepada pengguna lain dalam tempoh Kontrak, anda
mesti menghubungi Hotline Waranti Lanjutan Perlindungan COURTS dalam 14 hari
dan memindahmilik Kontrak secara bertulis. Adalah juga mustahak bahawa anda
melaporkan alamat baru anda sekiranya anda berpindah dan mengambil Produk
bersama-sama anda. Anda hanya boleh memindah Kontrak ini jika anda telah
membeli Produk secara tunai atau jika anda telah menyelesaikan dan
menyempurnakan semua obligasi dan liabiliti di bawah Perjanjian Jualan Kredit
yang berkaitan dengan Produk.
Perlindungan
Data Peribadi
Kontrak ini adalah
tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di bawah. Sila
ambil seketika untuk memastikan bahawa semua butiran, khususnya maklumat
peribadi anda yang dicetak dalam Kontrak ini adalah betul. Kegagalan untuk
kembali dalam 14 hari dari tarikh Kontrak ini bermakna bahawa semua maklumat
peribadi anda yang terkandung di sini adalah lengkap, benar dan tepat. Sebarang
maklumat peribadi yang dikumpulkan dan disimpan oleh kami adalah untuk tujuan
melaksanakan obligasi kami di bawah Kontrak ini dan juda untuk mengemaskinikan
anda mengenai sebarang perkhidmatan kami yang berkaitan. Sila dimaklumkan
bahawa demi melaksanakan obligasi kami di bawah Kontrak ini, kami akan
menzahirkan maklumat peribadi anda kepada AIG, dan seterusnya mungkin
dizahirkan oleh AIG kepada individu-individu, pembekal-pembekal perkhidmatan
& organisasi-organisasi yang berkaitan dengan AIG atau mana-mana pihak ke-3
lain yang terpilih (di dalam atau di luar Malaysia, termasuk insurans semula
& syarikat-syarikat penyiasatan tuntutan & persatuan-persatuan
industri) untuk tujuan menyimpan dan memproses permohonan ini dan membekalkan
perkhidmatan(-perkhidmatan) seterusnya untuk tujuan ini, produk-produk dan
perkhidmatan-perkhidmatan kewangan AIG dan padanan data, kaji selidik dan untuk
berkomunikasi dengan anda untuk tujuan tersebut dan untuk membolehkan sokongan
proses hujung-akhir dan perkhidmatan yang berkaitan dengan Kontrak ini. Anda
memahami bahawa anda berhak untuk mendapatkan akses kepada dan untuk meminta
pembetulan mana-mana maklumat peribadi yang dipegang oleh kami dan/atau AIG yang
berkenaan dengan diri anda. Permintaan tersebut boleh dibuat dengan menghubungi
kami seperti yang dinyatakan di atas. Dengan penyerahan maklumat peribadi anda,
anda menandakan bahawa anda membenarkan kami dan/atau AIG atau mana-mana pihak
ketiga yang terpilih untuk terus memaklumkan anda mengenai apa-apa produk,
perkhidmatan dan acara yang akan datang yang lain. Jika anda tidak ingin
dihubungi oleh kami atau AIG, anda boleh memilih untuk dikeluarkan pada
bila-bila masa dengan menulis kepada kami atau AIG, sepertimana yang terpakai.
Walaupun Kontrak ini
mungkin dikeluarkan semula dalam beberapa bahasa, versi Bahasa Inggeris akan
mengatasi.
Saya telah membaca dan
memahami terma-terma dan syarat-syarat, dan bersetuju diikat olehnya.
NOTA: Tandatangan Pembeli/Pembeli
Bersama tidak perlu jika anda menandatangani suatu Perjanjian Perkhidmatan
dengan COURTS.
Comments
Post a Comment