WARANTI


WARANTI
Image result for contoh warenti cardMAKSUD ‘WARANTI’

Waranti atau jaminan mempunyai  maksud yang sama.Pengeluar atau syarikat berjanji untuk memperbaiki atau mengganti sesuatu keluaran dalam tempoh yang ditetapkan sekiranya barang tersebut cacat atau rosak.

Waranti tidak dipatuhi apabila dibuat secara lisan kerana ia dianggap tidak sah dan sukar untuk dibuktikan. Pengguna perlu mendapatkan waranti secara bertulis supaya tidak mudah ditipu. Pengguna perlu memastikan penjual yang menandatangani jaminan tersebut mempunyai kuasa dan layak berbuat demikian supaya waranti itu sah dan pengguna berhak mendapat sebarang pampasan.

TUJUAN PENGGUNAAN ‘WARANTI’

    1. Pengguna tidak ditipu apabila membeli sesuatu barangan.
2              2.  Memudahkan pengguna menukar barangan yang dibeli apabila didapati rosak atau cacat.
3              3. Barang yang dijual sah.
4             4.   Hak sebagai pengguna tidak diabaikan.
5             5.   Pelanggan memberi kepercayaan dalam barangan yang dikeluarkan.

SEBAB SYARIKAT TIDAK MENGELUARKAN ‘WARANTI’ YANG SAH

1) Keengganan penjual untuk memberi warranti mungkin berpunca daripada beberapa sebab iaitu :

- Barangan atau keluaran kurang atau lansung tidak bermutu.

-Keluaran tersebut adalah barangan curi.

-Barangan tersebut adalah tiruan.

-Barangan tersebut diseludup masuk dari negara-negara jiran.

-Barangan tersebut telah diperbaiki semula dan dijual sebagai barang baru.

2) Masalah mengenai waranti sering berlaku kerana pengguna gagal membaca dengan teliti dan memahami dengan jelas syarat-syarat warranti yang diberikan oleh peniaga atau pengeluar.

3) Pengguna tidak mengirim semula warranti kad tersebut.

Oleh itu, setiap pengguna perlu berhati-hati dan peka dengan setiap pembelian barangan dan produk bagi memastikan mereka tidak mudah ditipu atau tertipu.

KEPENTINGAN WARANTI

v  Memudahkan pengguna membuat urusan apabila berlaku kerosakan barangan supaya barangan yang dibeli oleh pengguna mempunyai keluaran yang sah.

v  Mengelakan pengguna dari ditipu oleh syarikat yang hanya mengaut keuntungan sahaja.

v  Supaya keselamatan pengguna terjamin.

v  Barangan yang dikeluarkan mempunyai jaminan.

v  Menggagalkan pihak pengeluar atau syarikat yang cuba mengeluarkan barangan yang tidak berkualiti.

     CONTOH WARRANTY CARD

 Image result for contoh warenti card


Rajah 1: Contoh kad waranti bagi televisyen

Sumber: http://www.peacewazup.wordpress.com


 Image result for contoh warenti card
Rajah 2: Contoh kad waranti bagi kamera
Sumber: http://kyla91.wordpress.com






Comments